Line internet dipotong! Sms disekat! Hanya Call in and out je yg dapat. Itupun sesetengah area. Perintah Berkurung! Darurat! Begitulah keadaan yang dilalui adik aku dan kawan-kawannya. Serius kami sekeluarga amat risau akan keadaan mereka.
Tadi pukul 12.30tgh mlm kami sedikit lega kerana kami baru sahaja dapat menelefon adik aku. Dia dan kawan-kawannya selamat. Cuma ada sedikit berita yang menyedihkan yang berlaku pada pelajar Malaysia di sana. Menangis dia bercakap dgn kami. Mama aku macam biasa menangis je memikirkan keadaan adik aku sekarang.
Mereka di sana sedang menunggu untuk dibawa pulang ke Malaysia. Harap semuanya selamat sampai ke Malaysia.
Doakan mereka.
No comments:
Post a Comment